RSDH PRIVACY NOTICE

NOTICE UNDER THE PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010
NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

The Personal Data Protection Act 2010 (the “ Act ”), which regulates the processing of personal data in commercial transactions, applies to the RSDH Group which consists of Ramsay Sime Darby Health Care Sdn Bhd and its subsidiaries and related corporations (“our”, “us” or “we”). For the purpose of this written notice (“Notice”), the terms “personal data” and “processing” shall have the same meaning as prescribed in the Act.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta” tersebut) yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, terpakai kepada semua entiti dan subsidiari di bawah Ramsay Sime Darby Health Care Sdn Bhd (“kami”). Untuk tujuan notis bertulis ini (“Notis”), terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrif dalam Akta tersebut.

It is obligatory that you supply us with your personal data. If you fail to supply us with such personal data, we may not be able to process and/or disclose your data for the purposes as provided in item 3 below.

Anda diwajibkan untuk memberikan kepada kami data peribadi anda. Sekiranya anda gagal untuk memberikan data peribadi anda, kami mungkin tidak dapat memproses dan/atau menzahirkan data peribadi anda bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di dalam item 3 di bawah.

Consent/ Persetujuan

1. This Notice serves to inform you that your personal data is being processed by us or on our behalf and you hereby give your consent to the processing of your personal data.

Notis ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak kami dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda bagi pemprosesan data peribadi anda.

Description of personal data/ Perihalan data peribadi
2. We may collect a variety of your personal data including but not limited to your name, date of birth, race, religion, gender, company name, Malaysian Identification Card number, nationality, biometrics information, e-mail address, address, contact number, credit card details, bank account details, health information, food preference, allergy, photographs, occupation, marital status, video recording, CCTV images, and all other personal data we again collect from you on any subsequent occasio

Kami mungkin mengumpul pelbagai data peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, tarikh lahir, bangsa, agama, jantina, nama syarikat, nombor Kad Pengenalan Malaysia, kewarganegaraan, maklumat biometrik, alamat e-mel, alamat, nombor telefon, butiran kad kredit, maklumat akaun bank, maklumat kesihatan, pilihan makanan, alahan, gambar, pekerjaan, status perkahwinan, rakaman video, imej CCTV, dan semua data peribadi lain kami sekali lagi kumpul daripada anda pada bila-bila masa kemudiannya

Purpose / Maksud
3. Your personal data is being or is to be collected and further processed for:

Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya untuk:

(a) ensuring that you continue to receive medical treatment;
memastikan anda terus menerima rawatan perubatan;

(b) contacting you in case of any change of appointment dates;
menghubungi andat jika terdapat perubahan di dalam tarikh temujanji;

(c) marketing purposes and surveys;
maksud pemasaran dan kaji selidik;

(d) inviting you to participate in our events, education programmes and activities;
menjemput anda untuk mengambil bahagian di dalam acara, program pendidikan dan aktiviti kami;

(e) assessing your credit worthiness and processing any payments relevant to you;
menilai kelayakan kredit anda dan memproses apa-apa bayaran yang berkenaan dengan anda;

(f) insurance purposes, third party administration and any other third parties;
maksud insurans, pentadbiran pihak ketiga dan mana-mana pihak ketiga;

(g) purposes of enforcing our legal rights and / or obtaining professional or legal advice;
maksud menguatkuasakan hak undang-undang kami dan/atau mendapatkan nasihat profesional atau undang-undang;

(h) internal records management;
pengurusan rekod dalaman;

(i) conducting internal activities such as evaluating the effectiveness of marketing, market surveys/research, trend analysis, statistic compilation, reporting, audit, compliance, risk management, and data analytics to improve our services;
melaksanakan aktiviti dalaman seperti menilai keberkesanan pemasaran, penyelidikan pasaran, analisis kecenderungan, penyusunan statistik, pelaporan, audit, pematuhan, pengurusan risiko, dan analisis data untuk menambahbaik perkhidmatan kami;

(j) complying with any legal or regulatory requirements and/or requests from regulatory bodies;
mematuhi apa-apa keperluan undang-undang atau pengawalseliaan dan/atau permintaan daripada perbadanan kawal selia;

(k) instituting debt recovery proceedings against defaulters
untuk menjalankan prosiding terhadap penghutang bagi mendapatkan semula hutang

(collectively, the “Purposes”).
(secara kolektif, “Maksud-maksud” tersebut).

Source of personal data/ sumber data peribadi

4. Your personal data is being or is to be collected (i) directly from you when you or your representative fill in the registration forms at our facilities, or contact us via emails, letters or telephone calls, or when taking part in customer surveys and promotions and during marketing activities, (ii) from any third parties connected with you such as your employer / potential employer, agents, insurance companies, other healthcare facilities/providers, (iii) from such other sources to whom you have given your consent to disclose information relating to you, (iv) from events, (v) from CCTV recordings, (vi) from audio/video recordings, (vii) from doctors letters, (viii) from medical reports/records, (ix) from all other personal data we again collect from you on any subsequent occasion, and (x) from all other information that you may provide us from time to time.

Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan (i) secara langsung daripada anda apabila anda atau wakil anda mengisi borang pendaftaran di premis kami, atau apabila anda menghubungi kami melalui emel, surat atau panggilan telefon, atau apabila anda mengambil bahagian di dalam kaji selidik pelanggan, promosi dan semasa aktiviti pemasaran, (ii) daripada mana-mana pihak ketiga yang berhubung dengan anda seperti majikan anda, ejen, syarikat insurans, kemudahan penjagaan kesihatan lain, (iii) daripada sumber lain yang anda telah berikan persetujuan anda untuk menzahirkan maklumat mengenai anda, (iv) daripada acara, (v) daripada rakaman CCTV, (vi) daripada rakaman audio/video, (vii) daripada surat doktor, (viii) daripada laporan/rekod perubatan (ix) daripada data peribadi yang lain kami sekali lagi dapati daripada anda pada bila-bila masa kemudiannya, dan (x) daripada semua maklumat lain yang anda mungkin berikan kepada kami dari masa ke semasa.

Access to, correction of and limiting the processing of personal data/ Akses kepada, pembetulan terhadap dan had pemprosesan data peribadi
5. You have the right to request access to and to request correction of your personal data and to contact us with any inquiries or complaints in respect of your personal data (including the possible choices and means for limiting the processing of your personal data or to cease or not begin processing your personal data for purposes of direct marketing) from:

Anda berhak untuk meminta akses kepada dan meminta pembetulan terhadap data peribadi anda dan untuk menghubungi kami tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda (termasuk pilihan-pilihan dan cara-cara yang mungkin untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda atau untuk memberhentikan atau tidak memulakan pemprosesan data peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung) daripada:

Telephone No./ No. Telefon: 03 5639 1212
E-mail address/ Alamat E-mel healthcare@ramsaysimedarbyhealth.com

6. Subject to provisions of the Act:
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta tersebut:

(a) you may, upon payment of a prescribed fee, make a data access request in writing to us; and
Anda boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan, membuat suatu permintaan mengakses data secara bertulis kepada kami; dan

(b) we may refuse to comply with a data access request or a data correction request and shall, by notice in writing, inform you of our refusal and the reasons of our refusal.
Kami boleh enggan mematuhi permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data dan hendaklah, melalui notis bertulis, memaklumkan anda mengenai keengganan tersebut dan sebab-sebab bagi keengganan tersebut.

(c) If you withdraw your consent to any or all use of your Personal Data, depending on the nature of your request, RSDH may not be in a position to continue to provide its products and services to you, or administer any contractual relationship in place, which in turn may also result in the termination of any agreements with RSDH. RSDH’s legal rights and remedies in such event are expressly reserved.
Jika anda menarik balik kebenaran bagi mana-mana atau semua penggunaan Data Peribadi anda, bergantung pada jenis permintaan anda, RSDH mungkin tidak berada dalam kedudukan untuk terus menyediakan produk dan perkhidmatannya kepada anda atau mentadbir sebarang perhubungan kontrak yang dimeterai, yang mungkin menyebabkan sebarang perjanjian dengan RSDH ditamatkan. Hak dan remedi undang-undang RSDH bagi keadaan tersebut adalah terpelihara.

Disclosure of personal data/ Penzahiran data peribadi
7. We disclose or may disclose your personal data to other entities within the RSDH Group, our related corporations, business partners, insurance companies, credit card companies, credit check companies, debt collection agencies, your employer, your next of kin, research organizations, social welfare organization, medical and healthcare professionals, external counterparts for situations where a patient is transferred to another government or private hospital, parents or guardians of minors, service providers, our financial and professional advisors, banks, governmental departments and/or agencies, regulatory and/or statutory bodies, accreditation bodies and any such third party requested or authorized by you for any of the Purposes.

Kami menzahirkan atau boleh menzahirkan data peribadi anda kepada perbadanan berkaitan kami, rakan kongsi perniagaan, syarikat insurans, syarikat kad kredit, syarikat semakan kredit, agensi tuntutan hutang, majikan anda, saudara terdekat, organisasi penyelidikan, organisasi kebajikan sosial, profesional perubatan dan penjagaan kesihatan, rakan sejawatan luaran bagi situasi di mana seorang pesakit dipindah kepada hospital kerajaan atau swasta, ibu bapa atau penjaga kanak-kanak bawah umur, pembekal-pembekal perkhidmatan kami, penasihat kewangan atau profesional kami, bank, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, badan-badan kawal selia dan/atau berkanun, badan-badan akreditasi dan mana-mana pihak ketiga yang diminta atau dibenarkan oleh anda untuk mana-mana Maksud-maksud tersebut.

Third party personal data/ data peribadi pihak ketiga
8. We may require your assistance if the personal data relating to other persons is required to process your personal data for the Purposes and you hereby agree to use your best endeavors to assist us when required. In the event that personal data of any third party is supplied by you to us, you shall ensure that such third party has read this Notice and consented to us collecting his/her personal data for any of the Purposes prior to the supply of his/her personal data to us.

Kami boleh menghendaki bantuan anda jika data peribadi yang berhubungan dengan orang lain dikehendaki untuk memproses data peribadi anda untuk Maksud-maksud tersebut dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk membantu kami bila dikehendaki. Jika data peribadi pihak ketiga telah diberikan oleh anda kepada kami, anda hendaklah memastikan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca Notis ini dan bersetuju dengan pemprosesan data peribanya untuk mana-mana Maksud sebelum memberikan data peribadinya kepada kami.

Obligatory personal data/ Data peribadi wajib
9. It is obligatory that you supply us the details marked with asterisk (*) in our registration form (collectively, “compulsory personal data”). If you fail to supply us the compulsory personal data, we may refuse to process your personal data for any of the Purposes and/or result in us being unable to provide you with the services requested.

Ia adalah wajib untuk anda memberikan kepada kami butir-butir bertanda asterisk (*) dalam borang pendaftaran online kami (secara kolektif, “data peribadi wajib”). Jika anda gagal untuk memberikan kami data peribadi wajib tersebut, kami boleh enggan untuk memproses data peribadi anda untuk mana-mana Maksud-maksud tersebut dan/atau menyebabkan kami tidak dapat memberikan anda perkhidmatan yang diminta.

Transfer of personal data to places outside Malaysia/ Pemindahan data peribadi ke tempat di luar Malaysia
10. We may transfer your personal data to a place outside Malaysia and you hereby give your consent to the transfer.

Kami boleh memindahkan data peribadi anda ke sesuatu tempat di luar Malaysia dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda tehadap pemindahan tersebut.

Accuracy of your personal data/ Ketepatan data peribadi
11. You are responsible for ensuring that the information you provide us is accurate, complete, not misleading and kept up to date.

Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.

Conflict/ Konflik
12. In the event of any inconsistency between the English version and the Bahasa Malaysia version of this Notice, the English version shall prevail over the Bahasa Malaysia version.

Sekiranya terdapat apa-apa ketidak-konsistenan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.